Ijtima' Tijani Se-Malaysia 2011 di Kuala Lumpur

1 Julai 2011 Bermulanya kemunculan secara rasminya thoriqah Tijani di Malaysia di bawah pimpinan Sayyidi Syeikh Ahmad Al- Hadi Al- Maghribi Al-Hasani At-Tijani. Ijtima' kali pertama yang diadakan Damansara Perdana, Kuala Lumpur ini adalah inspirasi daripada Sayyidi Syeikh sendiri dan telah berjaya dan berjalan dengan lancarnya.


Ijtima' yang diadakan pada hari jumaat ini bermula dari selepas solat asar. Majlis dimulai dengan wirid wadzifah dan seterunya disambung dengan wirid hailallah.
Wirid sanad dari Maghribi dibawa oleh Sayyidi dan dibantu oleh ikhwan dari Kedah sebagai kumpulan pemimpin wirid pada hari itu.

Kemudian selepas dari solat maghrib berjemaah, diadakan pula tausiyah tijaniah oleh Sayyidi Syeikh sendiri. Tausiyah yang amat menarik dan menjadi pengajaran dan pedoman untuk ikhwan tijani dalam mendalami dan mentaati adab-adab sebagai murid dalam thoriqah tijani ini. Tausiyah yang banyak menggunakan bahasa melayu ini dapat disampaikan dengan jelas walaupun bercampur dengan bahasa arab. Nampaknya Sayyidi Syeikh Ahmad Al-Hadi ini telah banyak mempelajari bahasa melayu.


Selepas dari majlis tausiyyah dan solat isya', majlis bai'ah thoriqah telah diadakan. Agak ramai juga para muhibbin yang mendapat bai'ah pada malam itu termasuk dengan kaum muslimat. Sebelum dari membai'ah, Sayyidi telah menyatakan syarat-syarat bagi mereka yang ingin mengambil bai'ah.


Sebelum majlis bersurai, Sayyidi telah mengenalpasti dan menetapkan kepada mereka-mereka supaya bertanggungjawab untuk menjadikan zawiyah di tempat masing-masing untuk melazimi wirid secara berjemaah terutamanya wirid hailallah. Antara ikhwan dan para muhibbin yang hadir pada hari itu, ada yang dari Johor, Kelantan, Terengganu, Melaka, Kedah dan sekitar Kuala Lumpur sendiri dan dari Selangor.

Insya Allah dengan izin Allah, Tijani semakin berkembang di bumi Malaysia satu hari nanti. Mungkin di ijtima' akan datang, akan ada ikhwan dan muhibbin dari negeri-negeri lain yang hadir.
Sama-samalah kita mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ikhwan dan muhibbin.




About the author

Admin
Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

1 comment:

  1. salam. ana dari ipoh. Bagaimana ana ingin baiah tareqoh at-tijaniyyah ini ya? mnta pnjelasan

    ReplyDelete

Template by Clairvo Yance
Copyright © 2012 Al-Faidhu At-Tijany and Blogger Themes.