Meniti Jalan Hidayah
Sesungguhnya orang pertama yang memulakan perbicaraan tentang Khotmul Auliya Al Muhammadi khas, adalah Syeikh Al-Kaamil, Hujjatul Waasil Abu Abdillah Al-Hakim Tarmizi R.A, beliau adalah pengarang kitab Nawadirul-usul.
Beliau membicarakan masalah Khotmul Auliya tersebut dalam kitab beliau yang bertajuk "Khotmul-Auliya..". Dengan sebab kitab beliau itu, dia telah diingkari oleh masyarakat pada zamannya, daripada kalangan ulama-ulama zohir yang cetek pemahaman mereka untuk memahami masalah irfaniyah yang tinggi. Setelah diingkari oleh ulama-ulama tersebut, beliau pun mengambil kitab tersebut berserta dengan kitab beliau yang bernama i'lal Syariah lalu dilemparkan kedua-dua kitab tersebut kedalam laut dan datang seekor ikan lalu ikan tersebut menelan kedua-dua kitab tersebut. Setelah beberapa tahun, ikan tadi datang semula ketempat kitab yang dilemparkan, lalu ikan tersebut meluahkan kedua-dua kitab tersebut. Maka sejak dari itu, masyarakat di tempat tersebut dapat mengambil manfaat daripada kedua-dua kitab tersebut ... (kisah ini diriwayatkan dalam manaqib Hakim Tarmizi, sila lihat kitab Tobaqaatul-Auliya Imam Sya'rani) |
|
Hakim Tarmizi R.A. juga telah menyusun 150 soalan irfaniyah (rahasia ketuhanan) dan dia menyatakan : "tidak akan dapat menjawab akannya, melainkan Khotmul Auliya Al-Muhammadi khas" | |
Dan Hujjatul U'zma Syeikhul Akbar Mahyuddin ibnu A'rabi R.A. telah memberanikan diri untuk menjawab soalan-soalan berikut, kerana menyangka beliaulah pemilik martabat tersebut (Khotmul Auliya Al-Muhammadi khas) | |
sila lihat perbicaraan tersebut dalam buku ini... |
0 comments: