Tijani Malaysia Solawat Fateh Malaysian Tijany Ijtima 2010 Grand Zawiya, Fez, Morocco - 2009 Medina - 2012

Ijtima' Tijani Se-Malaysia 2012 di Johor Bahru

Ijtima' Tijaniyah Se-Malaysia yang telah berlangsung pada 7 - 9 Jun 2012 baru-baru ini telah diadakan di Negeri Johor. Majlis yang menghimpunkan ahli-ahli thoriqah tijani dan juga muhibbin diseluruh Malaysia ini kali ini agak meriah dan berlainan sedikit kerana ianya diadakan dikawasan yang terpencil dipinggir hutan di Pekan Nenas. Sebuah tempat percutian di pinggir bukit. Pada hari pertama majlis dibuat di zawiah Anafaturrabbaniah Kg.Sinaran Baru, Kempas. Ketibaan Sayyidi Syeikh Ahmad Al-Hadi disambut dengan bacaan qasidah ahli bait. Selepasa solat isyak berjemaah dan zikir wadzifah, majlis penganugerahan ijazah solawat faith kepada para muhibbin telah diadakan. Sambutan para muhibbin diperkampungan ini agak memberansangkan dengan jumlah kehadiran yang disertakan bersama para-para muslimat. Majlis ijtima' kali ini menutupkan tirainya, dengan satu majlis yang agak penting dan bersejarah iaitu majlis Perletakan Batu Asas Pembangunan Yayasan Faidut Tijani. Majlis disempurnakan oleh Sayyidi Syeikh Ahmad Al-Hadi. Idea untuk mengadakan Yayasan Tijani oleh Dato' Haji Abd. Karim Hasan ini merupakan satu pembukaan sejarah baru bagi thoriqah Tijani di Malaysia. Mudah-mudahan dengan terdirinya sebuah yayasan Tijani di bumi Johor ini akan bertambah mengukuhkan lagi ikatan mahabbah sesama ikhwan..InsyaAllah.
foto sekitar majlis seterusnya...

Ijtima' Tijani Se-Malaysia 2011 di Kuala Lumpur

1 Julai 2011 Bermulanya kemunculan secara rasminya thoriqah Tijani di Malaysia di bawah pimpinan Sayyidi Syeikh Ahmad Al- Hadi Al- Maghribi Al-Hasani At-Tijani. Ijtima' kali pertama yang diadakan Damansara Perdana, Kuala Lumpur ini adalah inspirasi daripada Sayyidi Syeikh sendiri dan telah berjaya dan berjalan dengan lancarnya.


Ijtima' yang diadakan pada hari jumaat ini bermula dari selepas solat asar. Majlis dimulai dengan wirid wadzifah dan seterunya disambung dengan wirid hailallah.
Wirid sanad dari Maghribi dibawa oleh Sayyidi dan dibantu oleh ikhwan dari Kedah sebagai kumpulan pemimpin wirid pada hari itu.

Kemudian selepas dari solat maghrib berjemaah, diadakan pula tausiyah tijaniah oleh Sayyidi Syeikh sendiri. Tausiyah yang amat menarik dan menjadi pengajaran dan pedoman untuk ikhwan tijani dalam mendalami dan mentaati adab-adab sebagai murid dalam thoriqah tijani ini. Tausiyah yang banyak menggunakan bahasa melayu ini dapat disampaikan dengan jelas walaupun bercampur dengan bahasa arab. Nampaknya Sayyidi Syeikh Ahmad Al-Hadi ini telah banyak mempelajari bahasa melayu.


Selepas dari majlis tausiyyah dan solat isya', majlis bai'ah thoriqah telah diadakan. Agak ramai juga para muhibbin yang mendapat bai'ah pada malam itu termasuk dengan kaum muslimat. Sebelum dari membai'ah, Sayyidi telah menyatakan syarat-syarat bagi mereka yang ingin mengambil bai'ah.


Sebelum majlis bersurai, Sayyidi telah mengenalpasti dan menetapkan kepada mereka-mereka supaya bertanggungjawab untuk menjadikan zawiyah di tempat masing-masing untuk melazimi wirid secara berjemaah terutamanya wirid hailallah. Antara ikhwan dan para muhibbin yang hadir pada hari itu, ada yang dari Johor, Kelantan, Terengganu, Melaka, Kedah dan sekitar Kuala Lumpur sendiri dan dari Selangor.

Insya Allah dengan izin Allah, Tijani semakin berkembang di bumi Malaysia satu hari nanti. Mungkin di ijtima' akan datang, akan ada ikhwan dan muhibbin dari negeri-negeri lain yang hadir.
Sama-samalah kita mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ikhwan dan muhibbin.




Template by Clairvo Yance
Copyright © 2012 Al-Faidhu At-Tijany and Blogger Themes.